Kehadiran dirimu memberikan keceriaan,
Ruang kosong dan sepi kini bercahaya,
Pada mulanya sukar dinyatakan,
Kerana kehadiranmu dianggap pendatang sementara.
Hari berganti hari engkau semakin membesar,
Dirimu yang manja mengubat hati yang lara,
Bila tidak dilayan engkau akan memanggil keluar,
Seolah-olah mahu ditemani setiap masa.
Gelagatmu yang lincah membuakan aku gembira,
Gelagatmu yang pengecut aku rasa ketawa,
Setiap saat engkau disini mampu mengubah suasana,
Tahukah engkau terlalu istimewa?
Hadirmu umpama rezeki,
Hadirmu umpama pengubah hati,
Yang membenci semakin menyukai,
yang menyukai sangat menyayangi,
Dirimu tidak ubah seperi Bidadari.
Kini engkau menghilang meninggalkan sepi,
Ruang kosong kini gelap tanpa pelangi,
Yang disini hanya mampu berdoa dan merindui,
Mengharapkan engakau kembali disisi.
~khas untuk kucing kesayanganku~ Si Jebat
0 comments:
Post a Comment